Lilypie Third Birthday tickers

n.o.t.e~t.o~s.e.l.f

Friday, October 19, 2012


membebel secara random..

manusia ni kan memang ade sifat pelupa.. sesiapa yang berani mengaku tak pernah lupe tu sah2 penipu besar.. kan? harini aku saje nak bebel.. pasal manusia ni kadang2 lupa..

manusia lupa yang manusia dijadikan unik.. ade taste masing2.. ade perangai masing.. ade selera tekak masing2.. bila diorang lupa.. diorang nak suruh orang lain ikut taste diorang.. or diorang expect orang lain suka dengan apa yang diorang suka..

susah weh kalau manusia ni taste sama jek.. tukang kedai kene jual baju design sama berjuta2.. sebab semua orang suka design sama kan.. kalau kat foodcourt pulak.. semua kedai jual makanan yg sama.. @_@

imagine pulak kalau kita semua perangai sama jek.. mungkin aman kalau semua pon perangai sejuk.. takda ego.. happy je.. tp kalau semua kepala nak panas jek.. emo.. fuhhhh.. ape akan jadi?

aku bukan apa.. contoh bila aku cakap aku tak suka makan bawang.. merah putih besar kecik semua aku tak suka.. bukan laa saja2 tak suka.. pernah je aku try makan.. akibatnye aku rasa nak muntah sampai 3 4 jam.. aku tak bole handle bau yg tengiang2 dlm mulut tu.. peninggg.. tp nnt ada manusia yg lupa.. nak paksa aku makan jugak.. sibuk cakap ruggiiii woo tak makan bawang.. baik utk kesihatan.. sedap.. manis.. itu tekak engkau.. penah jugak jumpa dengan org yg bising2 aku tak makan itu ini.. tp bile org tu tak mkn apa yg aku mkn.. aku ckp aa sedap.. rugi woo tak try.. tau pulak dia nak bantah.. tau pulak nak ckp benda tu tak sedap.. apsal tekak aku rase sedap ko rasa tak sedap?? haa jawab sekarang!

pastu satu lg.. bila manusia lupa taste kita tak sama.. kadang2 dia terlalu lantang nak bagi pendapat sampai lupa perasaan org lain.. contohnye.. aku cakap laki aku muka macam aaron aziz.. ini contoh yee.. nnt org yg pelupa ni laju je cakap.. eh tak sama laa.. laki ko tak hensem.. tp aaron aziz pon tak hensem gak.. weii sapa cakap aaron aziz tak hensem?? huhhh kecik ati aku.. tak pon.. katakan laa aku ade admirer sorang laki ni.. pastu dia nak ckp ahh tak hensem laa.. dah tu takkan laa aku kene minat laki yg sama kan.. jawabnya bermadu laa kita.. ada berani??

so senang cite.. manusia ni unik.. selera tak sama.. maybe aku suka baju plain.. ko suka corak bunga2.. so bagus laa.. takde laa kite nak berebut beli benda yg sama kan.. dan kalau lelaki atau perempuan pilihan org tu tak hensem/cantik dimata kita.. biarlah.. respek laa pilihan mereka.. tak perlu nak paksa org suka apa yg kita suka.. berebut lagi susah nanti..

sebenarnya ni utk peringatan diri sendiri.. yg mungkin kadang2 lantang gak mengomen.. :)

by the way.. dah update ni.. takkan laa tak cite pasal iris kan.. hehhehe.. iris dah 5 bulan.. alhamdulillah.. selama yg aku tau.. dia masih lagi exclusively minum susu ibu.. eh kecuali masa akikah dia dah disumbat buat kurma madu n air zamzam.. and aritu pon ada sekali aku bg air zamzam jugak.. saja2.. cukup 6 bulan nnt iris dah boleh makan.. tp rasa tak saba jugak nak menyuap ni..

semalam.. suami baru sampai dr kerje.. iris terus tegedik2 nak pergi kat daddy dia.. tp daddy dia tak amik.. pastu iris siap nak nangis.. wooo dah pandaiii.. sekarang ni pon dah pandai bergolek2 mcm cerita hindustan.. so memang bahaya kalau biar dia atas katil sorg2.. 


iris dengan bumbo seat.. 



omnomnom

gamba harini.. main cak2


sekian.. 

:)

1 comment:

  1. i realised that i havent visit here for a long time. Iris is already is going half year soon! She's so gorgeous!
    sedihkan bila babysitter cakap gitu. iris so adorable and lembut bagus lah. tak suka tengok tv bagus kan!
    i m sure u rasa nak jaga sendiri kan?
    InsyaAllah u'll be able to be a fulltime soon. It's really the best sacrifice. U'll enjoy see her grow, especially nowadays time just flies super speed!

    actually, i wana comment on this post. what u wrote exactly fit my sentiments. I am one of those who have weird peculiar tastebud. i dont like most food and boring la hear people say, rugilah bla bla bla. tapi kan i bukan susah kan orang pun, bila i tak nak makan what they like. lagi better for them, cos they have more to enjoy, i tak kacau :D

    tu lah why people tak appreciate the colourful world that HE has created. so diverse and unique.

    congrats! despite being a working mum, u have successfully give iris the best, susu ibu! that's really a great sacrifice! and u will see the benefits, insyaAllah. baby akan jarang sakit dan bijak dan sangat close bonding dengan ibu.

    oops i dah ter over chatting here ;)
    have more beautiful, bright, pious children!

    ozim :)

    ReplyDelete